TUJUAN
1 Kertas ini disediakan adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pertimbangan Ahli Mesyuarat berhubung
cadangan pelaksanaan Program Majlis Makan Malam Amal Bersama Kumpulan Nasyid
Far East Mengisi Tabung Kecemerlangan Sekolah SMA al-Hasanah Tahun 2014.
LATAR
BELAKANG
2 Kecemerlangan sekolah masih di
peringkat sederhana dan memerlukan usaha yang kuat untuk menuju kecemerlangan.
Untuk mendapat hasil yang luar biasa memerlukan usaha yang luar biasa.
3 Beberapa sesi perjumpaan dibuat
dengan Lembaga Pengelola Sekolah, YDP dan AJK Persatuan Ibu bapa dan Guru serta
wakil pejabat YB termasuk YB Dato’ Wan Kadri bin Wan Mahusain sendiri berhubung
usaha kecemerlangan sekolah.
4 Sesi perjumpaan berkenaan
sepakat mengatakan bahawa sekolah memerlukan dana bagi menjana kecemerlangan
sekolah di samping komitmen guru dalam melaksanakan semua program yang
dirancang di sekolah.
5 Beberapa program dicadangkan
bagi tujuan mengisi dana ini. Antara lain ialah Projek 1Murid 1Sawit sebagai
projek jangka panjang, manakala Majlis Makan Malam Amal sebagai projek jangka pendek.
6 Majlis Makan Malam Amal dan yang
seumpamanya bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat sebagai salah satu usaha
untuk mengutip dana,
ASAS PERTIMBANGAN
7 Kecemerlangan sekolah menjadi
fokus utama dalam persaingan dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini.
8 Kewangan yang kukuh adalah amat
penting dalam menjana kecemerlangan di samping usaha gigih dan komitmen jitu
dalam kalangan guru. Kewangan yang kukuh jika dimanfaatkan dengan betul akan
dapat memupuk motivasi tinggi dalam kalangan pelajar.
9 Nasyid pula boleh menjadi medium
yang berkesan untuk menarik perhatian masyarakat termasuklah dalam usaha
mengutip dana.
10 Gabungan isu ini mendorong
sekolah untuk melaksanakan usaha mengutip dana melalui cara ini.
PERKARA
YANG HENDAK DICADANGKAN:
11
Nama Program
Program
Majlis Makan Malam Amal Bersama Kumpulan Nasyid Far East Mengisi Tabung
Kecemerlangan Sekolah SMA al-Hasanah Tahun 2014.
12
Matlamat
Mengumpul
dana khas sebagai pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti kurikulum, kokurikulum, dan kerohanian murid demi usaha untuk mencapai
kecemerlangan sekolah dalam segala aspek.
13
Objektif
13.1 Mengumpul dana khas untuk
kecemerlangan sekolah.
13.2 Membentuk kerjasama erat
dan kesepaduan tenaga antara ibu bapa/penjaga dan masyarakat dengan pihak
sekolah dalam usaha membantu sekolah mempertingkatkan prestasi dan
kecemerlangannya. Ia selaras dengan program Sarana Ibu bapa yang dicadangkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
13.3 Menonjolkan bakat seni
dan keterampilan pelajar dan guru SMA al-Hasanah kepada masyarakat.
13.4 Mewar-warkan usaha sekolah
menuju kecemerlangan seterusnya menjadi institusi pilihan masyarakat pada masa
akan datang.
13.5 Melahirkan murid yang
sedar tentang kepentingan peranan ibu bapa/penjaga dalam menyokong usaha
sekolah menuju kecemerlangan akademik, ko-akademik, sakhsiah dan disiplin murid.
14
Tarikh/ Masa/ Tempat
14.1
Tarikh: 21 Jun 2014
(Sabtu)
14.2
Masa: Bermula jam 9.00 malam
14.3
Tempat: Dewan Serbaguna
Bandar Tun Razak.
15
Sasaran Penyertaan
15.1
Wakil-wakil syarikat
penaja majlis makan malam.
15.2
Wakil BPI, PPD Rompin
dan JPN Pahang
15.3
Semua ibu bapa/Penjaga
pelajar.
15.4
Semua guru dan pelajar SMA
al-Hasanah
15.5
Institusi Kerajaan dan
Swasta sekitar Bandar Tun Razak.
15.6
Orang awam yang
menyumbang kepada majlis makan malam.
15.7
Anggaran jemputan adalah
seramai 700 orang.
16
Cadangan Jualan Meja
16.1
Tajaan Syarikat koperat
16.2
Ibu bapa/Penjaga
pelajar - 14 meja
16.3
JKKR Keratong 1,2,3,4 dan
5 - 05 meja
16.4
JK Masjid Keratong
1,2,3,4 dan 5 - 05 meja
16.5
Institusi kerajaan dan
swasta Bandar Tun Razak - 11 meja
16.6
Pelajar - 21 meja
17
Pengisian Program
17.1
Majlis Makan Malam
17.2
Penyampaian cek daripada
penyumbang utama.
17.3
Persembahan Nasyid Far
East
17.4
Persembahan Qasidah
Jemputan
17.5
Persembahan Nasyid SMA al-Hasanah
17.6
Cabutan nombor bertuah.
18
Aturcara Majlis
21 Mac 2014 (Sabtu)
MASA
|
ACARA
|
CATATAN
|
8.50 mlm:
|
·
Pelajar mengambil
tempat
·
Ibu bapa dan jemputan
mengambil tempat
|
|
8.55 mlm
|
·
Jemputan Khas mengambil tempat
|
|
9.00 mlm
|
·
Ketibaan VVIP
·
Nyanyian Lagu Negaraku
·
Aluan juruacara
·
Bacaan ayat suci
al-Quran
·
Ucapan Aluan Pengetua SMA al-Hasanah
·
Ucapan Perasmian
VVIP
·
Jamuan makan bermula dengan
bacaan doa makan
|
2 minit
8 minit
5 minit
15 minit
|
9.30 mlm
|
·
Persembahan nasyid SMA
al-Hasanah
·
Persembahan Qasidah
|
10 minit
30 minit
|
10.10 mlm
|
·
Penyampaian Cek
Sumbangan Penaja Utama
·
Penyampaian cenderahati
kpd VVIP
|
10 minit
|
10.20 mlm
|
· Persembahan Khas FarEast
diselang seli dengan Cabutan Nombor bertuah
|
55 minit
|
|
· Persembahan Penutup: Gabungan
|
10 minit
|
11. 10 mlm
|
·
Bersurai
|
|
19 Hubungi Kami
09-4458088 / 013-2922135
20 Penutup
Pihak yang berkenaan dipohon mengambil maklum berhubung cadangan pelaksanaan Program Majlis Makan Malam
Amal Bersama Kumpulan Nasyid Far East Mengisi Tabung Kecemerlangan Sekolah SMA
al-Hasanah Tahun 2014.
Disediakan oleh:
Bahagian Hal Ehwal Murid
SMA al-Hasanah
14
April 2014