Jika Rabiulawal
bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiul akhir pula ertinya
musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi
tanaman-tanaman berbunga.
Pada
waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir
berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga
dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu
diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya
nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah
Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka
Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri
tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca,
iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan
bintang-bintang lain sedangkan takwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada
peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya,
Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan
musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Antara
peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rabiulakhir :-
1. Peperangan – ada
beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang
berlaku di bulan Rabiulakhir di antaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum
Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
2.
Pengepungan Damsyik – pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh
Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan
seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
3.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Sayidina Umar Al-Khattab
r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
4.
Peperangan Jamal – tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a terheret dalam
kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
5.
Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir
r.a.
6.
Imam Ghazali meninggal dunia.
7.
Ada pendapat
yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w
(tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna
pakai di Malaysia
ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau
pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Israk dan Mikraj Rasulullah
s.a.w.
Fadhilat
:-
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang
masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan
ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang
kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan
kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan
sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap
kepada amalan-amalan wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi
amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan
ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi
http://cahayapurnama.com